MELAKA, 27 Ogos -- Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Supt Soh Hock Sing menunjukkan buku catitan yang merekodkan nama dan jumlah peminjam yang dirampas oleh polis, dalam satu serbuan yang melibatkan sindiket pinjaman 'Ah Long' di Taman Bachang Baru, Jumaat lepas, pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini. Turut ditahan dua lelaki berusia 24 dan 35 tahun serta 3,000 iklan pinjaman wang tidak berlesen yang bernilai RM30 ribu.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA