KUALA MUDA, 28 Ogos -- Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Barisan Nasional Parlimen Sungai Petani, Makbul Ilahi Hashim (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan barangan makanan dan wang tunai kepada Abu Bakar Jusoh, 57, (kanan) di perkarangan rumahnya di Padang Merdeka di sini hari ini.Abu Bakar yang mengidap penyakit saraf sejak setahun lalu tinggal sebatang kara di rumah itu tanpa bekalan air dan elektrik juga amat memerlukan bantuan segera untuk membaiki rumahnya yang reput dimakan anai-anai.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA