BUKIT MERTAJAM, 29 Ogos -- Masyarakat Cina menyambut perayaan "Hantu Lapar" (Hungry Ghost Festival) selama sebulan bermula pada 17 Ogos hingga 15 September ini.Perayaan ini memang popular di negeri ini sepanjang bulan berkenaan dan pelbagai acara dianjurkan di sekitar negeri ini sepanjang perayaan itu.Masyarakat Cina percaya bahawa pada bulan Lunar mengikut kalendar cina, pintu neraka dibuka dan hantu lapar akan bebas untuk berkeliaran di dunia selama sebulan. Kaum Cina membayar penghormatan dengan mempersembahkan pelbagai jenis makanan dan buah-buahan kepada hantu-hantu lapar berkenaan bagi memuaskan hati mereka.Pertunjukkan opera Cina juga turut diadakan pada perayaan berkenaan bagi menggembirakan hantu berkeliaran..Acara penghormatan dan pertunjukkan opera Cina diadakan pada waktu malam.Sebuah patung tinggi yang dikenali sebagai Tai Su Yeah (King of Hades) dibina untuk mengawasi hantu-hantu lapar berkeliaran di dunia ini sentiasa berkelakuan baik dan berdisplin sepanjang perayaan itu.Pada akhir perayaan itu patung berkenaan dibakar dengan kertas colok untuk dihantar semula ke neraka.Kelihatan pertunjukkan opera Cina dari negara China dipersembahkan pada perayaan itu di Lebuh Pasar di sini malam tadi.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA