SANDAKAN, 11 Mac -- Kesan runtuhan tanah di belakang sebuah hotel di bandar Sandakan, yang mengakibatkan seorang lelaki warga emas Agustine Frederick J Lingam, 76, maut selepas tertimbus dalam runtuhan itu ketika cuba menghidupkan generator.Mangsa berjaya dikeluarkan pada 7.14 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan. Operasi menyelamat ditamatkan pada 8.19 pagi selepas kerja memasang sawar dilakukan dan memastikan tiada lagi bahaya.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA