PEKAN, 30 Ogos -- Beberapa orang penduduk Orang Asli Kampung Runchang bergotong-royong membina pintu gerbang merdeka di kampung mereka bagi menyemarakkan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara ke-55 semasa tinjauan fotoBERNAMA di sini hari ini.Pintu gerbang yang diperbuat dari kayu hutan dan dihiasi dengan puluhan Jalur Gemilang itu mula dibina sejak seminggu lepas hasil sepakat masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan yang tidak mahu ketinggalan menunjukkan semangat patriotik mereka meskipun tinggal di pedalaman.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA