KUALA TERENGGANU, 30 Ogos -- Orang ramai mengunjungi kedai Roti Canai Awang yang menawarkan roti canai dan teh tarik dengan harga 55 sen setiap satu di Bukit Tunggal di sini, hari ini.Untuk menyatakan kecintaan terhadap tanah air sempena memperingati Hari Kemerdekaan Ke-55, Maiza Mohd, 33, mempromosikan harga bagi beberapa makanan dan minuman terpilih selama tiga hari bermula kelmarin hingga 31 Ogos ini.Maiza turut memberikan Jalur Gemilang secara percuma yang dibekalkan oleh Penyelaras Pemuda Umno Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA