SANDAKAN, 12 Mac -- Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Walter Kenson (tiga, kanan), yang mewakili kerajaan negeri, menyampaikan bantuan bakul makanan kepada Lionel Aaron Lingam, anak kepada mangsa tanah runtuh, mendiang Agustine Frederick J. Lingam, pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan kepada waris mangsa tanah runtuh di pejabat MPS di sini hari ini.Kerajaan negeri turut menyumbangkan bantuan wang ihsan sebanyak RM10,000 kepada waris Agustine Frederick J. Lingam yang meninggal dunia selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh semalam.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA