VLADIVOSTOK, 4 Sept -- Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang bermula dengan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) sehingga 9 September ini turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang di adakan di Far Eastern Federal Universiti, di Pulau Russky. Negara-negara yang menganggotai APCE ialah AS, Australia, Brunei, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Kanada, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Taiwan, Singapura, Thailand dan Vietnam. Sidang Kemuncak APEC atau kini lebih dikenali sebagai Minggu Ketua-Ketua APEC akan disusuli dengan mesyuarat ketua-ketua ekonomi di rantau Asia Pasifik pada 8-9 September. --fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA