GEORGE TOWN, 4 September -- Seorang peniaga kecil di Padang Kota Lama (kanan) dihalang oleh anggota sukarelawan semasa beliau menghalang sebuah kereta ahli exco kerajaan negeri di Balai Rakyat Jalan Petani di sini hari ini.Seramai 20 ahli peniaga kecil Padang Kota Lama membuat bantahan di majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran kerajaan DAP berikutan gagal bertemu dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan exco kerajaan negeri bagi mengatasi masalah mereka yang sedang dihadapi.Mereka kini menghadapi masalah berniaga di Padang Kota Lama kerana dihalang oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).--fotoBERNAMA(2012)HAKCIPTA TERPELIHARA