VLADIVOSTOK, 5 Sept -- Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hadir pada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Far Eastern Federal Universiti, di Pulau Russky. Negara-negara yang menganggotai APCE ialah AS, Australia, Brunei, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Kanada, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Taiwan, Singapura, Thailand dan Vietnam.Sidang Kemuncak APEC atau kini lebih dikenali sebagai Minggu Ketua-Ketua APEC akan disusuli dengan mesyuarat ketua-ketua ekonomi di rantau Asia Pasifik pada 8-9 September.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA