VLADIVOSTOK, 7 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba ke Russia bagi mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat pemimpin-pemimpin ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Ke-20 di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok di sini malam ini. Sidang kemuncak tahunan bertemakan 'Integrate to Grow, Innovate to Prosper' itu dihadiri ketua negara dan kerajaan dari 21 ekonomi rantau Asia Pasifik.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA