SUKAU, 16 April -- Menyedari kesukaran penduduk pedalaman mendapatkan perkhidmatan merapikan diri di sini, seorang pemuda tampil membawa kelainan apabila menawarkan perkhidmatan menggunting rambut di bawah khemah di Pasar Malam Tamu Sukau di sini.Inisiatif kreatif Azwan Basari, 27, ternyata bukan sahaja memeriahkan suasana pasar malam berkenaan, malah memberikan nilai tambah dan kemudahan alternatif yang amat dinanti-nantikan oleh pekerja ladang serta penduduk setempat.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA