KEPALA BATAS, 11 Sept -- JAMUAN RAYA AUCMS... Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizzudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bersalaman dengan sebahagian daripada anak yatim dari rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas.Turut sama, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Chanselor AUCMS (tiga dari kanan ) dan Presiden AUCMS Prof Dato Dr Zainuddin Md Wazir (dua dari kiri) yang sedang menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim tersebut.Majlis sambutan Aidilfitri sudah menjadi tradisi setiap tahun cuma terdapat kelainan pada tahun ini kerana ianya disambut bersama hari kemerdekaan Malaysia.