KEPALA BATAS, 13 Sept -- Pelajar dari institut pengajian tinggi swasta (dari kiri), Natashia Amylia, Nabilah Shaharudin, Fathen Elyana Mohd Ilias, Anis Syafiqah Abdul Ghani dan M.Renuga membaca risalah Program Vaksinasi Human Papilloma Virus (HPV) untuk wanita semasa menghadiri majlis Program Vaksinasi HPV untuk wanita peringkat negeri di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini hari ini.Suntikan HPV diberi secara percuma kepada wanita-wanita berusia 18 tahun bagi mencegah kanser serviks.Program tersebut dilancarkan oleh Puan Sri Fawziah Begum Mohd Abu Bakar isteri kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.--fotoBERNAMA(2012)HAKCIPTA TERPELIHARA