SANDAKAN, 14 Mac -- Pemilik Cre@+ve Capture Studio di Bandar Perdana, Ahmad Jimmy (kanan) dibantu oleh isterinya Siti Nur Fadhilah Mohd Fajeer ketika mengambil gambar pelanggan di studo miliknya, baru-baru ini.Bergambar di studio bagi mengabadikan kenangan bersama keluarga ketika perayaan seperti Aidilfitri seakan menjadi satu kemestian pada era 60-an, 70-an serta awal 80-an.Namun, seiring dengan kepesatan teknologi, tradisi itu kian dilupakan, perlahan-lahan ditelan arus perubahan zaman.Bagaimanapun di Sabah, perkhidmatan studio fotografi masih kekal relevan dan menjadi pilihan masyarakat untuk merakam memori keluarga.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA