KOTA KINABALU, 12 Dis -- Para penumpang sudah mula berkumpul seawal 6 pagi di Stesen Tanjung Aru di Kota Kinabalu, meskipun kereta api hanya berlepas pada 7.45 pagi memandangkan tiket masih dijual secara manual dan hanya di kaunter yang dibuka tepat pada 7 pagi.Bagi menempuh jarak kira-kira 105 kilometer (km) ke Beaufort, kereta api akan merentasi tujuh stesen utama iaitu Putatan, Kinarut, Kawang, Papar, Kimanis, Bongawan dan Membakut, sebelum tiba sekitar 10 pagi, bergantung pada keadaan cuaca serta jadual operasi.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA