GEORGE TOWN, 25 Sept -- BUANG UNDI ... Pelajar-pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) membuang undi bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) sidang akademik 2012/2013 di Kompleks Desasiswa-desasiswa dan Kompleks Cahaya USM di sini hari ini.Proses pemilihan MPPUSM kali ini menyaksikan seramai 74 calon menawarkan diri dan menghantar borang pencalonan.Sejumlah 45 kerusi dipertandingkan, merangkumi 31 bagi kerusi pelajar Ijazah Pertama, lima Ijazah Tinggi dan sembilan Konstituensi Umum.Daripada 45 kerusi tersebut, 29 kerusi dipertandingkan, 15 kerusi telah dimenangi tanpa bertanding dan satu kerusi tiada calon yang menawarkan diri.Proses pengundian yang bermula dari 8.30 pagi hingga 5 petang ini.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA