BELURAN, 15 April -- Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya Mohamad Aatif Mohd Saidal, 8, (kiri) dibantu oleh abangnya Muhamad Elham, 18, mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas sekolah berkenaan ditutup akibat tidak selamat digunakan ketika tinjauan semalam.Pada 11 April, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan segera diambil bagi menangani isu prasarana daif di SK Balaban Jaya yang menyebabkan pelajar mengikuti sesi pembelajaran dalam keadaan tidak sesuai.Isu timbul susulan laporan mengenai keadaan pelajar di sekolah berkenaan yang terpaksa mengikuti kelas di dalam khemah tanpa dinding serta di ruang koridor masjid disebabkan kerosakan pada sebahagian infrastruktur sekolah itu akibat pergerakan tanah dan cerun, hingga menjadikan persekitaran sekolah tidak selamat untuk digunakan.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA