SANDAKAN, 23 April -- Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negera Cawangan Sandakan menyantuni mangsa kebakaran Kampung Bahagia yang membuat permohonan penggantian sijil kelahiran di kaunter khas di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi hari ini. Jabatan Pendaftaran Negara membuka kaunter Pusat Pemindahan Sementara mangsa kebakaran Kampung Bahagia di Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi untuk memudahkan mangsa kebakaran membuat penggantian sijil kelahiran dan kad pengenalan selepas turut musnah dalam kebakaran.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA