PADANG BESAR, 2 Okt -- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Koperasi dan Industri Asas Tani Negeri Perlis, Sabry Ahmad (kanan) bersama Pengarah Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Perlis, Khairi Arif (kiri) memeriksa keadaan lidah lembu yang dikuarantin di Pusat Kuarantin MAQIS Padang Besar di sini, hari ini.Sabry mengadakan lawatan ke pusat kuarantin tersebut bagi meninjau kemasukan lembu-lembu dari Thailand ke negara ini sempena Hari Raya Korban yang bakal menjelang.Setiap lembu yang diimport masuk ke Malaysia akan dikuarantinkan selama 10 hari bagi memastikan lembu-lembu tersebut berada dalam keadaan sihat dan bebas dari sebarang penyakit berjangkit.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA