TAIPING, 5 Okt -- Seorang pekerja syarikat keselamatan, Mohd Hafizuddin Zainal Abidin, 25, (kiri) dari Sungai Siput dan Cheah Cheong Tatt, 23, penyelia di sebuah syarikat swasta, (kanan) dari Kulim diiringi anggota polis semasa keluar dari Mahkamah Majistret Taiping di sini, hari ini.Mereka di tuduh dengan niat bersama untuk melakukan rompakan wang tunai berjumlah RM1,235,715 milik syarikat keselamatan Safeguards G4S Sdn Bhd dan telah melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian kepada Hasnul Hafis Saad, 28, pemandu van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai berkenaan.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA