MELAKA, 7 Okt -- MENAHAN KESAKITAN... Muhd Danish Abbasi Mokhtar, 9, terpaksa menahan kesakitan hampir tiga jam selepas jari hantu tangan kirinya tersepit pada tombol pintu bilik kakaknya yang rosak di rumah mereka di Ujong Pasir di sini, hari ini.Dalam kejadian tersebut, anggota bomba terpaksa menggunakan alatan khas pemotong cincin bagi memotong tombol berkenaan sebelum jarinya berjaya dikeluarkan pada jam 2.30 petang.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA.