KUALA TERENGGANU, 8 Okt -- Abdullah Ali, 60, (kanan) menyerahkan tikur yang berjaya ditangkapnya ke kaunter Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di tempat letak kereta Pasar Chabang Tiga di sini, hari ini.Kempen membasmi tikus anjuran MBKT yang bermula semalam menawarkan sebanyak RM2.00 seekor kepada penduduk daerah ini yang berjaya menangkap, membunuh dan menyerahkan tikus tersebut di lima kaunter yang disediakan iaitu di Pasar Borong Kampung Gong Pauh, Pasar Chabang Tiga, Dewan Tunku Abdul Rahman, MBKT cawangan utara serta di Padang negara..