KOTA KINABALU, 12 Dis -- Perkhidmatan kereta api klasik Sabah, satu-satunya yang masih beroperasi di Pulau Borneo.Dengan tambang serendah RM4.80 yang tidak berubah sejak 1989 bagi laluan Tanjung Aru-Beaufort, perjalanan menggunakan tren yang telah berusia lebih seabad ini menyajikan panorama desa, hutan hujan tropika, sungai berliku dan perkampungan tradisional yang memukau mata.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA