KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah kepada pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) setelah menjuarai Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri 2012 bagi kategori Bahasa Inggeris di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia di sini, hari ini.Juara kategori Bahasa Inggeris dari UiTM telah menewaskan pasukan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan membawa pulang Piala Perdana Menteri dan wang tunai RM25,000 bagi setiap kategori.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA