SANDAKAN, 23 April -- Mangsa kebakaran Sahara Omar menunjukkan sijil kelahiran yang baharu diperolehinya selepas dokumen kelahirannya musnah dalam kebakaran di Kampung Bahagia pada Ahad lalu.Jabatan Pendaftaran Negara membuka kaunter Pusat Pemindahan Sementara mangsa kebakaran Kampung Bahagia di Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi untuk memudahkan mangsa kebakaran membuat penggantian sijil kelahiran dan kad pengenalan selepas turut musnah dalam kebakaran.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA