MELAKA, 24 Okt -- Penolong Pegawai Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka, Suriana Sukarni (kanan) dan Pembantu Penguatkuasanya, Mohd Farhan Musa (kiri) meneliti setiap cakera video digital (DVD) yang dijual di salah sebuah kedai dalam satu operasi penguatkuasaan di Dataran Pahlawan di sini, hari ini.Dalam operasi tersebut, Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN Putrajaya dan Melaka telah berjaya merampas 15,000 keping DVD pelbagai filem tanpa sijil perakuan B bernilai RM100,000 di tiga premis di pusat beli-belah tersebut dan menahan seorang penjual lelaki berusia 16 tahun.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA.