BUTTERWORTH, 28 Okt -- Pasukan Bomba dan Penyelamat memeriksa kereta Proton Perdana yang remuk selepas kemalangan yang mengkibatkan tiga maut dan seorang cedera parah di Jambatan Pulau Pinang di sini, awal pagi tadi.Kereta yang dinaiki oleh Muslim Idwar, 38, dan Sadisafizan Said, 36, bersama dua wanita warga Indonesia menuju dari George Town ke Perai hilang kawalan dan terbabas sendiri sebelum melanggar tembok bahu jambatan.