SEPANG, 14 Nov -- Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin disambut oleh kedua ibubapanya, Khairuddin Weji, 47, (kanan) dan Zarinah Parijan, 44, (kiri) selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika menyertai Grand Prix Valencia, Sepanyol di sini, hari ini.Beliau yang bersama pasukan AirAsia-Ayo melengkapkan pusingan penutup tirai musim ini dengan podium tempat ketiga selepas melakar kejayaan sulung menaiki podium naib juara pada Grand Prix Malaysia bulan lalu di Litar Sepang.Secara keseluruhannya, Zulfahmi melepasi sasaran pungutan 100 mata, melengkapi musim 2012 di tempat ke-7 dengan 128 mata.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA