SERI ISKANDAR, 26 Nov -- Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz (empat, kiri) menyampaikan hadiah kepada johan Cabaran Debat Muda iaitu Pasukan dari Universiti Teknologi Mara ( UiTM) pada pertandingan akhir Cabaran Debat Muda 21 tahun alaf 21 (CDM2121) di Universiti Teknologi Petronas di sini hari ini.Sebanyak 26 pasukan daripada 15 universiti awam dan swasta dan satu pasukan dari Singapura mengambil bahagian dalam Cabaran Debat Muda kali ini.Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Teknologi Petronas, Mohamed Noor Rosli Baharom (tiga, kanan).Pasukan UiTM terdiri daripada (dari kanan) Jasmiza Nurul Hazmira Hamzah (UiTM Seri Iskandar), Nur Syifa' Fatihah Daud (UiTM Shah Alam), Mohd Shahrin Ariff Idros (UiTM Alor Gajah) dan Mohd Norhidayat Mohamad Khalid (UiTM Kedah), kiri sekali.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA