KUANTAN, 16 Dis -- Wan Roshaida Wan Masir, 24, (baju merah) memangku bayinya, Ahmad Aaazad Muslim Ahmad Tarmizi berusia 56 hari semasa menjalani upacara cukur jambul oleh Timbalan Ketua Wanita Umno Bahagian Kuantan, Khadijah Abdullah (kanan) pada majlis Aqiqah, Cukur Jambul dan Bertindik di Kampung Belukar, di sini hari ini. Mencukur jambul merupakan adat yang masih diamalkan masyarakat melayu sehingga kini dimana ia diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Majlis tersebut diserikan lagi dengan persembahan marhaban dan nasyid, seramai 12 orang bayi menyertai upacara mencukur jambul manakala 20 kanak-kanak perempuan menyertai upacara menindik telinga. --fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA