SHAH ALAM, 3 Mac -- Tiga lelaki dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan mencuri sebuah tabung masjid di Seksyen 7, Shah Alam pada 22 Feb lepas.K. Tineshuaran, 26, R. Nishanraj, 22, dan S. R. Danesh, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.Dalam masa sama, seorang remaja lelaki 17 tahun turut mengaku salah atas kesalahan sama dalam satu prosiding tertutup di mahkamah berkenaan. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA