KUCHING, 23 Dis -- Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil (lima, kiri) bergambar bersama 40 anggota Kumpulan Kesenian Sanggar Pangkalan Mas, Kalimantan Barat, Indonesia selepas membuat persembahan tarian, teater dan sketsa di sini, hari ini.Turut hadir Pemangku Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak Saini Lihi (empat,kiri), Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Sarawak Djoko Harjanto (tiga, kanan) dan Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Wahap Abang Julai (kanan). Kerjasama dalam program pertukaran budaya antara Malaysia dan Indonesia akan diteruskan dalam usaha mengembangkan seni budaya terutamanya kepada generasi muda. -- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA