KAMPAR, 31 Dis -- TIMBUNAN CEMPEDAK... Seorang peniaga cempedak, Ismail Mohd Noor, 53, (tengah) sambil dibantu oleh isterinya Kamariah Ramli, 46, (kanan) menunjukkan longgokkan buah cempedak yang dijual di gerai buah-buahannya semasa tinjauan fotoBERNAMA di Jalan Kampung Jeram di sini hari ini.Beliau menerima bekalan cempedak yang dihantar oleh penduduk Kampung Jeram berdekatan seawal jam 8 pagi. Cempedak tersebut dijual pada harga RM3 sekilo. Menurut Ismail, di akhir musim buah-buahan ini, beliau turut menjual buah rambutan, pulasan dan petai.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA