KAMPAR, 31 Dis -- MUSIM CEMPEDAK... Peniaga cempedak Kamariah Ramli, 46, menunjukkan buah cempedak yang dijual di gerai buah-buahannya semasa tinjauan fotoBERNAMA di Jalan Kampung Jeram di sini hari ini.Beliau yang menjalankan perniagaan bersama suaminya, menerima bekalan cempedak yang dihantar oleh penduduk Kampung Jeram berdekatan seawal jam 8 pagi. Beliau menjual cempedak tersebut pada harga RM3.00 sekilo. Cempedak Kampung Jeram terkenal dengan keenakan kemanisannya dan tidak hairanlah terdapat pembeli yang datang sejauh Melaka dan Kedah semata-mata mahu mendapatkan cempedak berkenaan. Menurut Kamariah, di akhir musim buah-buahan ini, beliau turut menjual buah rambutan, pulasan dan petai.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA