KLANG, 30 April -- Tiga warga Myanmar dan dua lelaki rakyat tempatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menyeludup 18 warga Myanmar, awal bulan ini.Tiga daripada mereka, Hasnul Nazudi Che Ahamed, 45, Mohd Faisal Taib, 37, dan seorang wanita warga Myanmar Ma Nge, 28, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail. Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA