KUANTAN, 13 Jan -- Empat anggota Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri memasukkan cakera video digital (DVD) yang dirampas ke dalam kotak semasa menyerbu sebuah kedai pada operasi Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri, di sini semalam. Hasilnya, lebih 10,000 keping DVD yang tiada pelekat B, bernilai RM80,000 dirampas manakala Lapan termasuk enam wanita ditahan kerana dipercayai menjual DVD tidak ditapis.Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan di lapan premis di sebuah kompleks membeli-belah dan akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta PenapisanFilem 2012 yang memperuntukkan denda sehingga RM30,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA