KUANTAN, 15 Jan -- Maisan Amin, 26, menyusun longgokan buah cempedak yang dijual semasa tinjauan fotoBERNAMA di gerainya di Jalan Kampung Seberang Sungai Ular, di sini hari ini. Buah cempedak dilihat semakin banyak dijual di pasaran sejak seminggu lepas berikutan musimnya yang sudah tiba. Menurut peniaga buah itu, cempedak mendapat permintaan tinggi terutama daripada peniaga-peniaga kecil yang menjalankan perniagaan cempedak goreng. Dia menerima bekalan cempedak dari beberapa pengusaha kebun cempedak di Temerloh dan menjualnya dengan harga RM3.50 sekilogram. -- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA