PUTRAJAYA, 29 Jan -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama (dari kiri) Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mardil Medical Inc, Jim Buck, CEO Unit Inovasi Khas, Datuk Dr Kamal Jit Singh, CEO Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Mark Rozario, CEO Institut jantung Negara (IJN), Tan Sri Dr Robaayah Zambahari, CEO Kuala Lumpur Sports Medicine Centre (KLSMC), Dr Saw Kay Yong, Ketua Pegawai Operasi IJN, Akmal Arief Fauzi dan CEO iGene, Mathavan Chandaran selepas mengumumkan Kad Laporan 2012 bagi AIM di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya di sini, hari ini. Kad laporan tersebut memberi ringkasan tentang inisiatif-inisiatif dan hasil-hasil projek yang telah dijalankan AIM pada tahun lalu dalam tiga bidang utama iaitu Intelek, Perniagaan dan Sosial. --fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA