SHAH ALAM, 10 April -- Penubuhan Kelab Nutrisi Anak Syurga yang kini mempunyai lebih 260 orang ahli, terdiri daripada ibu bapa yang memiliki anak sindrom Down, dari seluruh negara dan juga Indonesia.Pengerusi kelab berkenaan Farah Syazana Amiruddin, 40, berkata dalam tempoh kira-kira empat tahun, keahlian kelab bertambah dengan ibu bapa daripada pelbagai latar belakang membawa bersama-sama pengalaman, kisah kejayaan dan kegagalan mereka dalam membesarkan anak istimewa masing-masing untuk dijadikan teladan dan panduan kepada yang lain. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA