KUALA LUMPUR, 7 Feb -- Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development (Pride), Rudyanto Azhar (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Khairani Mohamed bergambar bersama selepas melihat persembahan tarian singa dari Persatuan Tarian Singa Kwong Ngai di sini, hari ini.RapidKL menjadikan pertunjukan tarian singa sempena Tahun Baru Cina di stesen LRT sebagai usaha menonjolkan keunikan budaya 1Malaysia kepada pelancong asing.Pertunjukan itu merupakan anjuran bersama Brand Ace Sdn Bhd diadakan di dua buah stesen iaitu di Stesen Masjid Jamek dan Stesen KLCC.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA