KUALA LUMPUR, 7 Feb -- Ketua Pengarah DBKL merangkap yang Dipertua Majlis Keselamatan Jalan Raya Kuala lumpur, Datuk Salleh Yusup menyampai risalah ketika hadir ke majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di sini hari ini. Kempen anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalanraya dan anggota trafik Polis DiRaja Malaysia menyaksikan penyampaian topi keledar dan risalah keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya.-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA