BESUT, 9 Feb -- Orang ramai teruja melihat rakit-rakit buluh memulakan perjalanan masing-masing bermula dari tempat pelepasan di Kampung La, hulu Besut hingga ke Kampung Darau sejauh 15 kilometer perjalanan di Program Berakit Menyusur Sungai Besut Sempena Maulidur Rasul anjuran Pegerakan Pemuda Umno Hulu Besut di sini, hari ini.Program tersebut yang berakhir di dataran Kampung Darau itu disertai seramai 126 ahli-ahli peti undi Hulu Besut termasuk 50 kaum wanita dengan menghias rakit masing-masing dengan makan tengahari serta sembahyang di atas rakit dalam selama 6 jam perjalanan sejauh 15 kilometer itu.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA