BESUT, 9 Feb -- Kelihatan sebahagian daripada 13 buah rakit buluh sedang menyusur Sungai Besut dalam Program Berakit Sungai Besut Sempena Maulidur Rasul anjuran Pegerakan Pemuda Umno Hulu Besut setelah dilepaskan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Besut Nawi Mohamad dari kampung La, di sini hari ini.Program tersebut yang berakhir di dataran Kampung Darau itu disertai seramai 126 ahli-ahli peti undi Hulu Besut termasuk 50 kaum wanita dengan menghias rakit masing-masing dengan makan tengahari serta sembahyang di atas rakit dalam selama 6 jam perjalanan sejauh 15 kilometer itu.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA