ALOR SETAR, 19 Feb -- KASIH IBU TIADA PENGHUJUNG... Seorang ibu Azizah Said, 53, (kanan) menyuapkan nasi kepada anaknya Mohd Hafiz Ikmal Hamzah, 14, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) ketika ditemui pada Program Tangan di Hulur Kasih di Beri di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Telok Chengai, Kuala Kedah di sini hari ini.Azizah dari Taman Bersatu Kuala Kedah tetap cekal menjaga anaknya yang tidak boleh berdiri dan memerlukan perhatian sepenuhnya daripada ahli keluarga.Golongan istimewa ini tidak boleh dipinggirkan oleh masyarakat normal yang lain dan mereka perlu di beri perhatian sepenuhnya bagi memastikan kehidupan kanak-kanak istimewa ini tidak diabaikan.--fotoBERNAMA(2013) HAKCIPTA TERPELIHARA