JOHOR BAHARU, 21 Feb -- Anggota Bomba dan Penyelamat Johor Jaya membersihkan sisa Asid Hidroklorik berketumpatan tinggi yang dipercayai tertumpah di atas jalan raya ekoran kebocoran pada tong plastik yang terjatuh dari sebuah lori di Jalan Sagu 6 dekat Taman Daya, Johor Baharu di sini hari ini. Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Tahrin Saat berkata berikutan kejadian itu, pihaknya terpaksa meminta bantuan Pasukan Mengendali Bahan Berbahaya (HAZMAT) bagi mengendalikan bahan terbabit.Asid hidroklorik biasanya digunakan untuk tujuan mencuci besi dan ia dianggap berbahaya kerana ia boleh menganggu sistem penafasan, mata dan menghakis kulit manusia.-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA