PADANG BESAR, 8 Mac -- Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kawasan Chuping, ASP Syed Basri Syed Ali (kiri) menunjukkan bahagian enjin kereta yang dijadikan tempat menyembunyikan minuman keras tanpa cukai yang dirampas selepas sidang media di Kem UPP Chuping dekat sini, hari ini.Dalam kejadian 11 pagi tadi sepasukan anggota UPP Chuping telah menahan sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Padang Besar menuju ke arah Kangar dalam keadaan mencurigakan.Hasil pemeriksaan, UPP menjumpai 143 tin minuman keras tanpa cukai kastam yang dipercayai telah diseludup masuk dari negara jiran disembunyikan di beberapa bahagian dalam kereta terbabit.Ekoran itu, seorang lelaki Cina warga tempatan berumur 40-an yang memandu kereta tersebut ditahan untuk membantu siasatan dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah kira-kira RM1,144.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA