SEMPORNA, 13 Mac -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beramah mesra dengan adik Siti Asrah Duasan, tiga bulan, ketika melawat ke Kampung Senallang Lama di sini hari ini.Dalam kejadian 2 Mac lepas, sekumpulan pegawai dan anggota polis diserang hendap ketika memasuki perkampungan air itu bagi menjalankan operasi setelah mendapat maklumat mengenai terdapat kumpulan bersenjata di kawasan itu.Kejadian pada 8 malam itu menyebabkan enam anggota keselamatan terkorban manakala enam musuh berjaya ditembak mati.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA