SEMPORNA, 16 Mac -- INDAH ... Pemandangan waktu senja di Bandar Semporna begitu indah di sini, hari ini.Di sebalik kejadian penceroboh pengganas Sulu awal Mac lalu, industri pelancongan di Semporna semakin pulih, dimana ianya menjadi pintu masuk kepada para pelancong dalam dan luar negara ke pulau-pulau sekitar daerah ini.Semporna dianggap sebagai syurga menyelam oleh para pelancong kerana batu karangnya yang cantik serta pantainya yang bersih.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA