SHAH ALAM, 4 Mei -- Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Gerald Hans Isaac (dua kiri) hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah pelakon veteran Allahyarham Abdul Jalil Abdul Hamid, 69, pada upacara pengkebumian di Tanah Pekuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini.Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Al-Munawwarah, Shah Alam selepas solat Asar sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA